Pada petang isnin yang lalu, kami telah sebulat suara untuk melihat lebih banyak kemudahan yang di sediakan untuk golongan oku di bandar Pulau Pinang ini. Kunjungan kami adalah ke tempat perkhimatan bas rapid yang terdapat berdekatan perlabuhan feri. Kami telah meminta kebenaran daripada pegawai yang bertugas pada petang itu untuk mengambil gambar dan bertanyakan tentang kemudahan yang di sediakan untuk oku. Ternyata perkhimatan bas Rapidpenang adalah memenuhi ciri-ciri untuk penumpang oku.




Tempat duduk ini adalah terhad kepada 3 individu sahaja dan amat selesa kepada golongan oku yang menggunakan bas ini.

Keadaan bas yang luas akan memudahkan mereka untuk naik dan duduk di tempat yang di sediakan.

Inilah keadaan luar bas rapid yang sempat kami rakamkan. Pintu yang luas dan tempat naik yang rendah memudahkan semua pengguna yang menggunakan perkhimatan bas ini termasuk golongan oku.
Salam,
ReplyDeletemohon ciplak artikel ke link ini
http://suaraoku.blogspot.com/
Jika sudi link di blog ini juga :-)