Friday, March 20, 2009

Star Parade di Alor Star

Star Parade..




Star Parade adalah merupakan sebuah Pusat membeli belah yang terdapat di Alor Star dan menjadi tumpuan ramai penduduk di sekitar Alor Star dan pelncong-pelancong yang datang ke negeri Kedah.

Pihak pengurusan Star Parade amat mementingkan keselesaan kepada pengunjung pusat membeli belah ini. Oleh itu,pihak pengurusan dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka kepada pengunjung, mereka telah menyediakan kemudahan-kemudahn untuk pengunjung dan untuk pengguna OKU.
Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Star Parade adalah laluan untuk pengunjung OKUdan telefon awam. Telefon juga diletakkan lebih rendah untuk kemudahan pengguna OKU mengunakannya.
Namun begitu, terdapat juga kekurangan dalam kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan iaitu tandas untuk OKU yang terdapat di Star Parade. Tandas di situ kelihatan terlalu kotor dan memberikan banyak masalah kepada golongan OKU untuk menggunakannya.

LALUAN UNTUK OKU........

Inilah laluan yang di sediakan untuk golongan orang kurang upaya
di kawasan kompleks ini


Laluan untuk mereka adalah berpalang dan keadaan laluan ini amat baik dan tidak menyusahkan pengguna yang kurang upaya


TELEFON AWAM UNTUK OKU


Telefon diletakkan lebih rendah untuk kemudahan pengguna OKU.Keadaan ini memmudahkan mereka untuk membuat panggilan dan menggunakan telefon ini.
So.what do you think about this???














Thursday, March 19, 2009

Masjid Terapung Melaka..

KEMUDAHAN TANDAS OKU



Laluan ke tandas untuk orang kurang upaya yang terdapat di masjid ini, laluannya cukup luas dan selesa untuk semua yang menggunakan tandas di masjid ini.. Tapi bila masuk ke bahagian tandas untuk orang kurang upaya ia amat menyedihkan...tandas di buat tempat untuk menyimpan alatan mencuci oleh pihak yang langsung tidak prihatin tentang keadaan mereka yang tak berupaya...


Lihatlah...penyapu,penyapu lidi dan alatan yang sepatutnya di simpan di tempat lain tapi di letakkan di sini




Jika anda perhatikan,terdapat botol-botol berisi cecair pencuci turut di biarkan di atas tempat yang tak sepatutnya..cuba anda bayangkan jika botol-botol ini jatuh dan cecair itu tumpah di kawasan ini..apa yang akan terjadi kepada mereka yang menggunakan tandas ini...jadi sama-samalah kita fikirkan kepentinga OKU...^-^



Tuesday, March 17, 2009

City Plaza

City Plaza...




Dalam keperihatinan organisasi yang berlumba-lumba untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat untuk pengguna OKU. Namun ada sesetengah organisasi tidak menyediakan kemudahan OKU dengan sempurna. Kemudahan OKU yang disediakkan kelihatan hanya untuk memenuhi keperluan OKU sahaja dan bukan untuk kepentingan pengguna OKU.


Hal ini berlaku di shopping kompleks City Plaza Alor Star. Kemudahan laluan OKU ada disediakan jika dilihat dengan mata kasar.

Namun ia tidak berfungsi sebagai laluan untuk OKU dengan sempurna. Laluan tersebut sudah rosak dan mungkin boleh membahayakan pengguna OKU.


Pihak City Plaza juga tak menyediakan laluan untuk OKU di pintu hadapan. Mengapa hal ini berlaku ??????


Perlukah ada diskriminasi untuk orang OKU....




Laluan OKU untuk kemudahan pengguna OKU.





Tiada kemudahan untuk laluan OKU. Bagaimana pengguna OKU hendak pergi ke laluan masuk ke shopping komplek ?????



QUEENSBAY MALL DAN OKU.......








Queensbay mall merupakan sebuah pusat membeli belah terkemuka di pulau piann malah ia merupakan tempat POPULAR bagi budak-budak usm..(kalau tak pi tu) bukan budak usm namanya..hehe.. betoi tak???) masa jalan-jalan di Queensbay baru-baru kami sempat meninjau bagaimana dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Queensbay untuk pengunjung orang kelainan upaya....






( model Ker????)
hmmmm..sepanjang tinjauan kami dapati perkhidmatan yang disediakan tertumpu kepada perkhimatan lif dan tandas serta laluan kerusi roda di kawasan luar kompleks..simbol-simbol OKU yang menunjukkan perkhidmatan dan kemudahan ditunjukkan dengan jelas dan diletakkan di setiap sudut..hal ini memudahkan pengunjung mengakses kemudahan tersebut..namun begitu papan tanda atau simbol-simbol yang ditunjukkan hanya yang berkaitan tandas dan larangan menggunakan kerusi roda pada tangga bergerak saja!.








hanya untuk kegunaan OKU sahaja..
sebagai sebuah pusat membeli belah terkemuka Queensbay perlu menyediakan lebih banyak kemudahan untuk OKU..seperti menyediakan kerusi roda kepada pengunjung OKU dan kakitangan untuk menguruskan hal OKU..seperti perkhidmatan di Taiping Mall..Di mana pihak pegurusan menyediakan perkhimatan kerusi roda dan kakitangan yang menguruskan kebajikan pengunjung OKU.. laluan ke tandas OKU


ANDA PERNAH BERKUNJUNG KE QUEENSBAY??? APA PENDAPAT ANDA TENTANG KEMUDAHAN DAN PERKHIMATAN YANG DISEDIAKAN DISITU?? DAN BAGAIMANA PULA DENGAN PERKHIDMATAN DI PUSAT-PUSAT MEMBELI BELAH YANG PERNAH ANDA KUNJUNGI???