Sabtu, 28 Mac, 2009 12:48
Daripada:
"mas liana"
Kepada:
zainalrahim@mppp.gov.my
Assalamualaikum Dato..
kami merupakan pelajar tahun akhir dari pusat pengajian sains kemasyarakatan universiti sains malaysia .Kami telah menjalankan satu tinjauan tentang sejauh mana kemudahan OKU yang disediakan bangunan-bangunan komersil..sepanjang tinjauan kami kami tertarik untuk mencadangkan agar pihak tuan dapat membina laluan orang buta disekitar kawasan bangunan perniagaan orang melayu di Georgetown seperti laluan yang terdapat di persiaran Gurney.seperti kita sedia maklum laluan dihadapan bangunan perniagaan orang melayu agak sibuk terutanmanya pada waktu kemuncak.jika individu biasa pun sukar untuk melintas jalan apa lagi mereka yang buta..tidak dinafikan jejantas ada disediakan tetapi kedudukannya agak jauh..dengan adanya laluan orang buta secara tidak langsung keselamatan mereka lebih terjamin..dan negara kita sememang mesra OKU.dan adalah lebih molek sekiranya kita turut bersama menjayakannya..Tahniah kepada pihak mppp yang turut sama perihatin dalam menyediakan kemudahan OKU! pihak kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini dalam memenuhi tanggungjawab korporat sosial pihak tuan...
Yang Benar
MASLIANA BINTI NORDIN
ZAILI BINTI SULONG
NORHAFIZAH BINTI ZAINAL
NURUL HUDA BINTI MOKHTAR
pusat pengajian sains kemasyarakatan,usm
#Advisory of CP-TAG USM(CSR & Philanthropy Transdisciplinary Action Group)Chairperson : Dr. Reevany Bustami
masih belum ada sebarang jawapan dan komen dari pihak mppp.....
GOOD JOBB..bagus la korg..aku pun penah jgak ade student yang datang cari aku pasal nak wat tesis..teruskan usaha korg ekk...gud luck!!
ReplyDelete