Saturday, March 28, 2009

round-round in Georgetown..sha la..la...

Uniknya Pulau Pinang
Pulau pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai keunikan dengan pelbagai bangunan yang di bina pada zaman kolonial.Walaupun seni bina bangunan ini telah lama namun ia masih mengekalkan ciri-ciri sebuah bangunan yang boleh memberikan keselesaan dan kemudahan untuk semua orang. Kelebihan ini menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke sini. Inilah antara yang menarik terdapat di pulau pinang.

namun pusing-pusing kami di bandar Georgetown pada kali ni bukan lah sekadar untuk menyaksikan keindahan bangunan-bangunan kolonialisme yang dijadikan bangunan komersil tetapi apa yang ingin kami pamerkan kepada anda sejauh manakah bangunan dan permis-permis perniagaan disitu benar-benar perihatin tentang kemudahan OKU..


seperti kita sedia maklum bangunan-bangunan komersil seperti bank.imigeresen ,lembaga hasil dalam negeri dan sebaginya merupakan tempat-tempat yang menjadi tumpuan semua golongan..Ramai yang sedar akan hal ini dan menyediakan kemudahan untuk golongan OKU walaupun ada sesetengah kemudahan yang disediakan menepati piawaian yang sepatutnya dan hanya menyediakan kemudahan OKU yang agak terhad...namun begitu masih terdapat permis-permis yang tidak mengedahkan hal ini walaupun isu-isu tentang kemudahan OKU ini sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini...jadi kenapa harus ada permis-permis yang tidak perihatin tentang tanggungjawab mereka terhadap golongan OKU..Haruskah ada diskriminasi terhadap golongan OKU oleh syarikat-syarikat yang besar?????

Gambar ini diambil di pejabat Imigeresen Malaysia cawangan pulau pinang..Jabatan ini menyediakan laluan kerusi roda yang sempurna bagi memudahkan pelanggan OKU mendapatkan perkhidmatan .Tetapi hanya kemudahan ini yang disediakan.

Laluan kerusi roda di hadapan pintu masuk pejabat imigresen

Berhampiran pejabat imigresen terdapat pondok telefon yang mempunyai ciri-ciri OKU.Pondok telefon ini lebih rendah berbanding pondok telefon biasa.ini dapat memudahkan OKU untuk membuat panggilan.

Tempat letak kereta OKu dihadapan RHB bank
Jika sebentar tadi kita melihat kemudahan laluan kerusi roda di hadapan pejabat OKU..lain pulak ceritaya di RHB bank..jika dilihat pihak MPPP ada menyediakan tempat letak kereta khas untuk OkU dihadapan bangunan RHB bank.Tetapi laluan untuk kerusi tak ada pulak dihadapan pintu bank! jadi bagaimana pelanggan yang terdiri dari mereka yang memiliki kelainan upaya ini ini berusan dengan bank tersebut.


Dimanakah laluan laluan kerusi roda??? tak kan OKU yang berkerusi roda nak naik ikut tangga??? fikir-fikirkan..
Selain itu sepanjang tinjauan kami si sekitar bandar georgetown kami dapati jalan raya dan laluan disekitar kawasan tersebut tidak sesuai digunakan oleh OKU..pihak MPPP seharusnya lebih perihatin dalam membangunkan kemudahan unuk OKU seperti membina lorong untuk laluan kerusi roda,harus diingatkan laluan untuk kerusi roda tidak sama dengan laluan pelajan kaki..hal ini sering disalah tafsirkan. laluan Orang buta juga perlu dibina disekitar kawasan ini bagi memudahkan pergerakan mereka terutamanya untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di bangunan-bangunan berhampiran..




Inilah apa yang ingin kami kongsikan bersama anda pada post kali ini..jumpa lagi dilain post bersama isu dan tempat-tempat yang lebih hangat dari biasa..hehe..Negaraku mesra OKU..secebis perhatian segununug penghargaan....
huda mana ye???...

No comments:

Post a Comment