Monday, March 23, 2009

Tak dak la dik..

PENANG INTERNATIONAL AIRPORT



Lapangan Terbang Bayan Lepas merupakan satu-satunya lapangan terbang yang terdapat di Pulau Pinang ini menjadikan ia tumpuan bagi yang menggunakan pengankutan udara. Jika dilihat dari sudut infrastrukturnya boleh tahan la..banyak fasiliti yang disediakan tapi tak la secanggih kat KLIA... yang pasti ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna...Tetapi adakah kemudahan yang disediakan menjamin keselesaan seluruh pengguna bukan saja untuk individu normal tetapi juga mereka dari golongan kelainan upaya(OKU)Sepanjang tinjauan kami disana kami mendapati kemudahan untuk OKU amat-amat terhad sekali.. Tanda arah di hadapan pintu masuk dewan
sebaik saja mejejakkan kaki masuk ke lapangan terbang hati merasa puas apabila ada papan tanda yang menunjukan kemudahan tandas OKU tetapi bila kami pergi mencari di mana kedudukan tandas tersebut berpandukan tanda arah tersebut tetapi kami tidak menjumpai tandas tersebut..akihirnya kami bertanya kepada seorang tukang cuci..dan beliau memberitahu tandas OKU berada disebelah hujung..hanya satu tandas OKU yang disediakan..
Kami pun pi la kat tandas yang ditunjukkan tu...sampai kat sana ada dua orang pekerja sedang berbual di hadapan tandas tersebut....sebaik kami ingin membuka pintu tu..makcik tu cepat-cepat cakap "eh jangan guna toilet tu guna toliet sana,ini untuk orang cacat saja" sebenarnya makcik tu tak tau kami hanya nak ambik gambar aje...:) tapi tindakan makcik tu melarang dan memang BAGUS ini menunjukan mereka perihatin dalam memastikan tiada pihak yang menyalahgunakan kemudahan yang disediakan untuk OKU.


Tandas OKU yang disediakan di Penang airport

Semasa berada kawasan tandas tersebut kami sempat menemu bual pencuci tandas berkaitan kemudahan lain yang lain yang disediakan..mereka hanya cakap 'tak dak la dik'...menurut mereka kemudahan yang disediakan hanyalah tandas..namun begitu tandas ini juga jarang digunakan oleh OKU tetapi biasanya digunakan oleh warga Emas...
Sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa pihak syarikat seharusnya peka dalam menyediakan lebih banyak kemudahan untuk OKU....seperti pemengang untuk memudakan pergerakan OKU yang tidak berkerusi roda dan laluan untuk orang buta.. disamping itu jika di tinjau dikawasan luar kami mendapati tiada ruang untuk kenderaan OKU..(tak tau la kalau kami terlepas pandang)Awas kerusi roda ditidak dibenarkan!!!Banyak kemudahan yang disediakan (64 check-in desks, 11 gates 8 air bridges, 3 baggage claim belts, 808 short term parking spaces ,Post Office ,Bank Bureau de Change, Restaurants wed Cafeterias, Bars and karaoke, VIP Lounge ,Duty Free Shop, Newsagent/Tobacconist, Chemist Shop Gift Shop, Travel Agent Tourist, Help Desk, Car Rental Taxi Service/Rank, First Aid ,DisabledAccess/Facilities and Business Center ) tetapi apa yang ingin kami ketengahkan sejauh manakah kemudahan OKU yang terdapat di lapangan terbang Antarabangsa Pulau pinang??????..

No comments:

Post a Comment