Tuesday, March 24, 2009

Pejabat Pos Pulau Pinang

Pejabat Pos Pulau Pinang.

Pejabat pos adalah antara tempat yang akan dikunjungi oleh masyarakat Malaysia. Pejabat pos memainkan banyak fungsi antaranya sebagai tempat untuk membayar bil elektrik, bil air, menyimpan wang, memperbaharui lesen dan sebagainya.

Oleh itu, kami melihat sama ada pejabat pos ada menyediakan kemudahan yang sebaiknya untuk pengguna terutama kepada pengguna OKU.
Melalui pemerhatian, kami dapati pejabat pos menyediakan kemudahan untuk OKU. Antara kemudahan OKU yang disediakan adalah laluan OKU dan tempat letak kereta khas OKU. Ini menunjukkan pihak pejabat pos prihatin kepada pengguna OKU.

Namun terdapat juga beberapa kelemahan di pejabat pos yang mungkin meyukarkan pengguna OKU untuk berurusan di pejabat pos. Kami dapati kaunter urusan di pejabat pos terlalu tinggi untuk OKU berurusan dengan pihak pejabat pos. Selain itu, kami juga dapati peti surat terlalu tinggi untuk pengguna OKU memasukkan surat dalam peti surat.







Kaunter di Pejabat Pos Pulau Pinang.



Laluan OKU yang disediakan oleh Pejabat Pos untuk kemudahan pengguna OKU.



Peti surat terlalu tinggi untuk pengguna OKU memasukan surat ke dalam peti surat.Hal ini akan menyukarkan OKU untuk memasukan surat ke dalam peti surat



Tempat letak kereta khas untuk kemudahan OKU. Kedudukan tempat letak kereta yang berhadapan pintu masuk memudahkan oku untuk pergi ke pejabat pos.



1 comment:

  1. Nama saya razi.kawan saya pos barang dari pejabat pos komplek kerajaan mini putrajaya sabah pada 4 hb ogos 2010.sampai hari ini 21 hb ogos 2010 masih tak terima apa-apa lagi.saya cuba bertanya dikaunter namun jawapan hampa.mereka tak boleh cari sebab tak ada no kod pos.Saya tunjukan kad pengenalan kalau kalau mereka rekod nama dan alamat penerima.Mereka beritahu mereka tak rekod nama dan alamat penerima.mereka cuma rekod kod pos sahaja.Persoalanya kalau mereka hantar barang kealamat saya dan saya tak ada di rumah bagaimana pihak pos nak hubungi saya semula kalau tak ada nama,alamat dan no hp.

    ReplyDelete