Thursday, March 26, 2009

Sehari di Taiping Sentral....

CERITA DI SINI.......

Taiping Sentral adalah salah satu pusat membeli belah yang terdapat di Taiping,Perak. seperti tempat-tempat membeli belah yang lain, terdapat pelbagai kemudahan yang di sediakan termasuklah kepada orang kurang upaya. sambnil-sambil berjalan di sini,kami sempat kandid beberapa keping gambar individu OKU yang membeli belah di sini..tapi hanya 2 keping sahaja dapat kami kami pos di blog ini kerana ada masalah kekaburan pada gambar yang di ambil pada jarak jauh ni.......


Inilah foto yang berjaya kami ambil...kemungkinan individu Oku ini datang ke sini bersama-sama kawan-kawannya...kemesraan dan kegembiraan dapat di lihat pada wajah mereka ketika berjalan-jalan di sini. Kemudahan - kemudahan yang di sediakan oleh pihak pengurusan amat memudahkan golongan oku untuk membeli-belah di sini....


Tujuan kami ke sini juga adalah untuk melihat lebih banyak lagi kemudahan-kemudahan yang di sediakan untuk golongan oku di Taiping Sentral ini.

Inilah antara kemudahan yang kami temui di sini...........



Petunjuk arah yang memudahkan setiap pengunjung di sini untuk menggunakan kemudahan yang di sediakan


Ni pulak...cerita pasal tandas...mana-mana korang pergi mesti tandas akan di cari, tandas yang kami lihat di sini semestinya untuk golongan oku. Laluan ke tandas adalah cukup selesa dan memudahkan oku untuk melaluinya sama ada yang berkerusi roda sekali pun.....Simbol untuk oku juga ada diletakkan berhampiran pintu tandas.


Inilah keadaanya tandas yang terdapat di sini...sungguh menyedihkan!! nampak macam selesa tapi pemegang besi seperti yang biasa kita lihat dalam tandas-tandas oku di tempat lain terlalau jauh dengan mangkuk tandas dan sukar untuk di capai oleh tangan. Sebaliknya pemegang yang kelihatan di tepi singki amat selesa untuk golongan oku...


Cuba anda bayangkan kalau anda seorang oku?? apa yang akan anda lakukan jika ingin menggunakan tandas ini...kedudukan pemegang terlalu jauh dan sangat menyukarkan mereka untuk menggunakannya...kami nak ambil gambar pun sukar kerana kedudukannya yang jauh dari mangkuk tandas...



singki ni pula ok la untuk oku menggunakannya tidak terlalu rendah dan tinggi



Jarak antara mangkuk tandas dan singki memudahkan oku untuk menggunakan kedua-duanya.


Maaf kerana gambar ini sedikit kabur...tapi anda perasan tak dengan tiub getah dalam gambar ni....sungguh menyukarkan kepada oku yang berkerusi roda untuk menggunakannya..apa tindakan yang wajar di lakukan oleh pihak yang sepatutnya menjaga tandas ini??
Secara kesimpulannya, kami berharap agar pihak pengurusan Taiping Sentral mengambil berat dengan kemudahan untuk golongan oku ini dan tidak hanya melepaskan batuk di tangga sahaja...Pada kami kemudahan di sini adalah baik tetapi perlu di pertingkatkan lagi untuk kemudahan golongan oku..

1 comment:

  1. alamak kalau dapat masuk dalam bilik ni gerenti tertidur la jawabnya...hee he..tumpat iklan sikit...
    http://www.loginwang.com/?a=deqzam

    ReplyDelete